Tuesday 21 April 2015

Tips penjagaan Buku Teks






Cara-cara Menjaga Buku Teks

(SPBT) Buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk pelajar rakyat Malaysia.Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada rakyat terutama yang kurang berkemampuan. Menjadi tanggungjawab pelajar seperti saya untuk menjaga pemberian kerajaan tersebut. 

Membalut Buku 
Salah satu cara menjaga buku SPBT ialah dengan membalutnya. Buku-buku yang dibalut dapat mengurangkan risiko kotor atau terkoyak.Sebagai contoh, buku-buku yang dibalut dengan plastik mungkin terhindar daripada basah.Hal ini yang demikian menjadikan buku teks lebih panjang hayatnya. 


Menulis nama dan kelas 
Pelajar juga perlu menulis nama atau nama kelas pada ruangan bercop pada buku-buku yang diberi.Hal ini yang demikian, sebagai salah satu langkah untuk mengesan pemilik buku tersebut jika buku-buku itu tercicir.Selain itu, langkah itu mungkin dapat menghalang buku-buku tersebut daripada dicuri. 


Tidak menconteng dan mengoyak
Peminjam juga harus memastikan buku-buku teks tidak diconteng dan dikoyak. Buku-buku yang diconteng atau terkoyak akan menyukarkan murid-murid lain yang akan menggunakannya kemudian.Buku-buku yang diconteng atau rosak, memaksa kerajaan menggantikannya.Hal ini tentu akan menyebabkan pembaziran wang kerajaan disebabkan kecuaian kita.


Dijaga seperti milik sendiri
Buku-buku pinjaman seharusnya dijaga seperti hak milik sendiri. 


Jangan ditinggalkan di merata tempat
Buku-buku tidak boleh ditinggalkan di merata-rata tempat seperti di bawah meja dan di dalam kelas.Jika berlaku kehilangan, kita terpaksa menggantikannya. Jika tidak, pihak sekolah terpaksa memohon peruntukan baharu yang mungkin memakan sedikit masa untuk mendapatkannya. 



Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi buku-buku SPBT dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku, mestilah segera dilaporkan kepada guru SPBT atau diganti supaya murid-murid lain juga dapat menggunakannya pada masa hadapan. 


Sumber :  http://semerahtinta.blogspot.com/

Tuesday 14 April 2015

CARTA ALIRAN

Carta Aliran Proses Penentu Kelayakan pelajar



Carta Aliran Pengurusan SPBT Peringkat Sekolah





Wednesday 1 April 2015

Pemantauan KPM

Alhamdulillah pada tanggal 1 April 2015 yang lepas, bilik operasi SPBT SMK Agama Kota Kinabalu telah menerima kunjungan daripada unit SPBT Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk memantau perjalanan bilik operasi SMK Agama Kota Kinabalu merangkumi aspek pemfailan, keceriaan bilik serta beberapa aspek yang lain.



Wakil daripada Unit SPBT, KPM iaitu Pn Norafidah ,En Syazani dan Pn Lim. 


Pn Zaati Munirah sedang mencatat beberapa maklumat penting hasil pemantauan yang dilakukan 


Sedikit penerangan diberikan oleh Pn Norafidah. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...