Tuesday 21 April 2015
Tips penjagaan Buku Teks
Cara-cara Menjaga Buku Teks
(SPBT) Buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk pelajar rakyat Malaysia.Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada rakyat terutama yang kurang berkemampuan. Menjadi tanggungjawab pelajar seperti saya untuk menjaga pemberian kerajaan tersebut.
Membalut Buku
Salah satu cara menjaga buku SPBT ialah dengan membalutnya. Buku-buku yang dibalut dapat mengurangkan risiko kotor atau terkoyak.Sebagai contoh, buku-buku yang dibalut dengan plastik mungkin terhindar daripada basah.Hal ini yang demikian menjadikan buku teks lebih panjang hayatnya.
Menulis nama dan kelas
Pelajar juga perlu menulis nama atau nama kelas pada ruangan bercop pada buku-buku yang diberi.Hal ini yang demikian, sebagai salah satu langkah untuk mengesan pemilik buku tersebut jika buku-buku itu tercicir.Selain itu, langkah itu mungkin dapat menghalang buku-buku tersebut daripada dicuri.
Tidak menconteng dan mengoyak
Peminjam juga harus memastikan buku-buku teks tidak diconteng dan dikoyak. Buku-buku yang diconteng atau terkoyak akan menyukarkan murid-murid lain yang akan menggunakannya kemudian.Buku-buku yang diconteng atau rosak, memaksa kerajaan menggantikannya.Hal ini tentu akan menyebabkan pembaziran wang kerajaan disebabkan kecuaian kita.
Dijaga seperti milik sendiri
Buku-buku pinjaman seharusnya dijaga seperti hak milik sendiri.
Jangan ditinggalkan di merata tempat
Buku-buku tidak boleh ditinggalkan di merata-rata tempat seperti di bawah meja dan di dalam kelas.Jika berlaku kehilangan, kita terpaksa menggantikannya. Jika tidak, pihak sekolah terpaksa memohon peruntukan baharu yang mungkin memakan sedikit masa untuk mendapatkannya.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi buku-buku SPBT dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku, mestilah segera dilaporkan kepada guru SPBT atau diganti supaya murid-murid lain juga dapat menggunakannya pada masa hadapan.
Sumber : http://semerahtinta.blogspot.com/
Tuesday 14 April 2015
Wednesday 1 April 2015
Pemantauan KPM
Alhamdulillah pada tanggal 1 April 2015 yang lepas, bilik operasi SPBT SMK Agama Kota Kinabalu telah menerima kunjungan daripada unit SPBT Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk memantau perjalanan bilik operasi SMK Agama Kota Kinabalu merangkumi aspek pemfailan, keceriaan bilik serta beberapa aspek yang lain.
Wakil daripada Unit SPBT, KPM iaitu Pn Norafidah ,En Syazani dan Pn Lim. |
Pn Zaati Munirah sedang mencatat beberapa maklumat penting hasil pemantauan yang dilakukan |
Sedikit penerangan diberikan oleh Pn Norafidah. |
Tuesday 3 March 2015
TAMAN SPBT SMK AGAMA KOTA KINABALU
Alhamdulillah, Skuad SPBT SMKAKK dalam proses menyiapkan taman SPBT yang dijangka akan siap pada bulan April.
Syabas dan tahniah kepada Pn Zati Munirah, En Fatehi dan Skuad SPBT SMKAKK kerana telah bertungkus lumus memastikan projek ini berjalan lancar. Berikut merupakan beberapa foto proses pembinaan taman SPBT.
............................................... SEBELUM ..........................................
Kolam ikan yang masih dalam proses pembinaan . |
Pemandangan keseluruhan taman. |
..
Wajah Bilik SPBT |
Taman SPBT yang sudah siap 80 peratus. |
Selamat Datang ke Bilik Operasi SPBT SMK Agama Kota Kinabalu |
Mural hasil gabungan seni pelajar dan guru |
Papan Kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat berkaitan SPBT |
Saujana mata memandang. Taman SPBT yang menggamit kedatangan binatang-binatang kecil |
LAWATAN KE BILIK SPBT ST MICHEAL ,PENAMPANG
Pada tahun 2014, Kelab SPBT SMK Agama Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan penanda aras di SM St. Micheal, Penampang.
Lawatan ini mampu memberi peransang kepada semua warga SPBT SMK Agama Kota Kinabalu untuk melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.
Mengabadikan kenangan bersama guru SPBT SM St. Micheal. |
Puan Zati dan En Fatehi selaku guru pengiring pada hari tersebut. |
Tempat penyimpanan buku teks |
En Fatehi tekun mendengar penerangan berkaitan SISTEK |
Papan kenyataan yang ceria dan lengkap dengan pelbagai informasi |
Taman mini di sudut luar bilik SPBT |
Pemandangan Taman SPBT St. Micheal dari atas. |
Sistem pemfailan yang sistematik |
Saturday 31 January 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)